Masjid Kg. Beting Lintang, Besut

Masjid Benting Lintang terletak dalam Mukim Tembila. Ia dibina pada tahun 1954 di atas sebidang tanah seluas satu hektar kepunyaan seorang penduduk iaitu Encik Hussin Sulong dengan binaan kayu.

Pada tahun 1958, kerajaan meluluskan pembinaan baru dan memindahkan masjid ke tapak baru yang berkeluasan 2 ekar.

Pada tahun 1963 kerajaan membiayai RM 6,000.00 untuk membaiki keadaan masjid yang agak uzur dan sempit. Pada tahun 1985, sekali lagi kerajaan meluluskan sebanyak RM 300,000.00 untuk pembinaan masjid baru.

Pada 1993, kerajaan meluluskan pembinaan baru masjid ini di atas tanah yang diambil balik seluas 1 ekar, berharga RM 400,000.00, dan dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah. Pada 26 November 1993 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1414 Hijrah.YAB Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Wan Ahmad, merasmikan masjid ini.



Info dari: emasjid.terengganu.gov.my/

Gambar Jawatankuasa: Ust Azizan Harun (Pengerusi)

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by